Malam hari tu aku minum-minum di kedai mamak. Malam tak hujan macam selalu. Hari ni special day sebab simpan hujan untuk malam jumaat bagi orang-orang dah kahwin gamaknya. Di depan aku sekumpulan lelaki lingkungan usia 40an berpangkat bapa-bapa mithali. Ada yang berkain pelekat. Berkopiah. Berbaju melayu. Malahan berseluar pendek berbaju parti dacing pun ada. Baru selesai solat di masjid kata hati kecil aku.
Dua table sambung lebih kurang 12 orang. Aktiviti mengeteh memang rancak di sahut sembang-sembang letup sambil gelak-gelak besar. Ya. Kedai itu memang macam dia pengurus. Pengurus sebenar pun takut nak keluar kedai tengok gelagat lelaki-lelaki lingkungan 40an ni. Disebabkan kerancakan sembang letup pada malam tu, aku berminat mendalami apa yang cuba dibincangkan meraka-meraka itu.
"Sikit lagi nak kena!" tinggi suara lelaki 40an berkopiah.
"Hang salah pusing. Mana boleh ambik sebijik-sebijik" sahut lelaki 40an berseluar pendek berbaju dacing.
"Gile kau. 1st price tu" lelaki 40an berbaju melayu menyelit.
"Aku cakap hari tu kau menyombong. Balasan la tu. Macam ni bila nak kaya?" tempik lelaki 40an berkain pelikat sambil mencebik.
Astaga...
Kalau gua nampak bapak gua kat kedai haram tu, gua tak teragak-agak nak silambam depan kaunter pembayaran.
p/s: rumah kata pergi, kubur ajak mari. dunia akhir zaman weyh!
Thursday, March 5, 2009
Wednesday, March 4, 2009
Peningkatan tahap lapar berkadar terus dengan taburan hujan di Malaysia
Boleh dikatakan tiap-tiap malan hujan. Asal malam hujan. Asal hujan malam. Ape jadah kalau malam asyik hujan. Terbantut la aktiviti malam orang bujang macam aku. Orang dah kahwin memang gemor time-time hujan ni. Rasa sejuk dia lain macam. Haish....
Bila cuaca dah tak berapa nak menentu ni, macam-macam penyakit nak datang. Selsema la. Batuk la. Demam panas la. Sengguggut la. Kadang-kadang membawa ke cirit-cirit. Sampai naik kecut usus besar. Time-time macam ni layan tidur siang pun dah tak berape into. Badan berat ke tandas. Sikit hari tandas renovate jadi bilik tidur.
Paan dah terkena cirit-cirit ni. Aku memang tak into langsung scene ni. Lebih kepada carut dari ke tandas. Aku dah try buat calculation purata Paan ke tandas satu hari. Lapan kali! Dah nampak sikit naik ketul-ketul kat peha dia. Lepas ni boleh pergi ujibakat pelari pecut negara saing-saing Azmi Ibrahim dulu-dulu.
"Wei Paan! Ni lagi berapa hari kau nak duduk dalam tandas ni?"
Senyap. Bunyi cengkerik pun takda. Aku dah naik seriau. Dah dekat sejam lahanat ni kat dalam. Tengah-tengah malam ni bukan aku berani sangat. Depan makwe-makwe memang aku hero. Sudah. Ketuk-ketuk pun tak menyahut. Aku nekad. Walaupun berani-berani ayam aku cuba kuatkan semangat. Aku pergi tandas sebelah. Panjat kepala paip nak cuba-cuba intai Paan macam budak-budak kampung ngendap anak dara mandi. Ah. Dada debor lain macam. Berserah la apa yang jadi pun.....
Biawak!
Gua tunggu lu sejam lu boleh enak tidur kat situ?
Gua sumbat kepala lu dalam mangkuk tandas!
Lahabau!
p/s: kejadian ini benar2 terjadi semasa gua zaman skolah2 asrama. sampai sekarang pun gua tak boleh dapat ilmu tidur dalam tandas sambil mencangkung. tinggi benor ilmu Paan ni. Huh!

Subscribe to:
Posts (Atom)