Dahulu-dahulu masa zaman sebelum baligh, saya sangat comel. Ya. Tak tipu. Mak selalu berpesan buat baik dibalas baik, buat jahat buruk padahnya.
Dahulu-dahulu mak selalu berpesan buat baik dapat pahala, buat jahat dapat dosa. Saya tidak berapa nak pasti pahala tu bagaimana. Saya bertanya pada mak.
"Ibu, pahala tu macam mana?""Pahala tu benda yang kamu suka sangat" Mak yang cakap.
"Macam mana nak dapat pahala tu?" rasa ingin tahu kanak-kanak saya makin membuak-buak.
"Buat baik banyak-banyak. Selalu tolong orang susah. Jangan degil cakap orang tua. Semua tu boleh dapat pahala" Mak memberi penerangan yang cukup meyakinkan saya sebagai kanak-kanak ingin tahu.
Petang itu saya ikut bapak pergi pasar malam. Memang ramai. Sesak sampai nak berjalan terpaksa berpimpin tangan dengan bapak saya. Saya takut hilang kena culik. Di sana saya ternampak orang buta duduk sambil menghulurkan cawan berisi duit kepada saya. Bapak saya buat macam tak nampak. Saya nampak ada orang hulur duit. Saya seluk poket. Ada 20sen lebih beli aiskrim bapak bagi. Saya bagi kat orang buta. Terima kasih saya dapat.
Saya berjalan lagi. Banyak kedai bapak berhenti beli barang. Walaupun saya rasa letih tapi saya suka sebab hari itu saya dah buat baik. Tiba-tiba seorang pakcik tarik saya dari belakang.
"Kecik-kecik dah pandai mencurik! Bagi balik senapang tu!" Bentak pakcik tu sambil merampas senapang dari saya.
"Tapi pakcik..."Dan hari itu saya mendapat tamparan dan amukan dari bapak saya. Dan hari itu juga saya tahu pahala itu bukan senapang mainan yang boleh diambil sesuka hati di kedai-kedai selepas berbuat baik. Sekian.
p/s: apa yang saya nak tulis pun saya tak tau....