Malaysia memang salah sebuah negara yang berbilang agama, bangsa, kaum, suku sakat, warna kulit, dan negara. Ya. Anda tidak salah baca. NEGARA. Kalau dah pelbagai tu, perayaan pun turut berkadar terus dengan kepelbagaian jenis macam manusia. Tahun Baharu Cina baru - baru ini juga tidak terkecuali nikmatnya dirasai.
Baru - baru ini juga aku dipaksa oleh seorg sahabat untuk menemaninya pergi ke salah sebuah pusat membeli belah yang boleh kira ternama jugak la. Shoping raya cina katanya. Gaji gomen dah masuk mencurah - curah la tu. Haish...
Tujuan utama kami adalah untuk mencari talifon mudah alih berjenama yang kalau dibimbit di tangan akan membawa hasad dengki yang tinggi kepada orang lain. Ya. Jangan mula untuk mencemuh. Beliau memang begitu. Up-to-date katanya.
Selepas melakukan tawaf yang ke 3 kali, barulah sahabat aku ini berpuas hati dan telah bertekad untuk memilih kedai Lim Tat (owner kedai) sebagai tempat pembuangan duit. Beliau telah berjaya menghabiskan duit hasil titik air liur basi (OT penipu!) yang dikumpul selama sebulan dalam masa tidak lebih dari 45 minit. Masih amatur bukan? Model ini yang telah memikat hati beliau. Memang up-to-date!
"Fuh!mmg uptodate la ko lepas ni...jalan pon dah x pandang bwh...melangit tak hingat!"
"Hah!mesti la..ko ingat aku ni kampung sgt ke?tak la macam ko...duit ade kedekut...33 sekupang tu jugak la yg ko agungkan.."
"Oit Sin!ckp baik - baik sikit...ni la henset yg byk jase ngan aku...1st gaji dulu ni wei!"
"Haha..jgn la marah...aku gurau je...ok..lps ni aku belanje ko makan pizza..tapi sebelum tu ko kene tolong aku..."
"Hah!ape dia?"
"Tolong ajar aku mcm mane nak 3G...ala..yg video call tuh..bole la tgk-tgk awek muke baru bangun tido...hehehe..."
"PUNGGUK HANG!"
p/s: up-to-date sangat la kau ni Sin! nak beli henset tanye la dulu nak spec camne...ni men redah je...nasib baik lu blanje gua pizza...kalau tak gua dah humban lu jatuh gaung!huh!
Pembangkang edisi ke 15 yang berterusan gagal
5 months ago