Saturday, April 25, 2009

This is an error.

Satu.

Dua.

Tiga.

Empat.

Lima.

Enam.

Tujuh.

Lapan.

Sembilan.

Sepuluh.













Ok adik-adik.
Besok kita belajar mengira dalam bahasa inggeris pula ya.


p/s: tenang...tenang...tenang...

Friday, April 24, 2009

Mari berbalas pantun.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Sorok barang sembunyi tangan,
Tanya semua buat tak tahu.

cilakak!
mane tuala gua??

Thursday, April 23, 2009

Surat layang, surat cinta, surat berantai masa sekolah-sekolah memang meletup!

Paan memang tak kisah sangat apa yang orang nak cakap pasal diri dia. Pengotor. Penganggur. Selekeh. Tak ada masa depan. Mungkin dia lebih selesa dengan cara begini. Biar apa orang nak kata. Hidup Paan selalu happy go lucky kata orang-orang putih.

Cara hidup Paan yang macam itu membuatkan ramai orang memandang serong. Salah anggap tentang sifat kendiri Paan. Semuanya menilai dari kulit bukan isi. Walaupun demikian, Paan punya cita-cita. Punya impian masa depan. Macam orang-orang kebanyakan yang lain.

Paan sudah puas menahan telinga dari tohmahan dan tuduhan liar yang dilemparkan sejak dulu lagi. Dia pasrah. Kadang-kadang menangis sendirian. Sifat manusia. Walau ketat mana sekali pun muka hati pasti terusik. Pedih Paan menelan. Memendam rasa kesorangan.

Baru-baru ini seluruh pelusuk kampung digemparkan satu berita yang amat dahsyat. Lebih menggemparkan dari kes penceraian artis-artis tanah air mahupun kenapa Dato' Siti tak mengandung lagi. Paan telah mendapat tawaran berkerja di bandar metropolitan. Ya. Kuala Lumpur memang idaman jejaka-jejaka gila popular yang tak tahu menahu hala tuju hidup penuh penipuan.

Setahu penduduk Paan tak pernah habis sekolah darjah enam tapi kedengaran khabar angin yang beliau ditawarkan berkerja sebagai Pegawai Keselamatan di salah sebuah syarikat mega-mega juga. Ini kerja bukan sikit-sikit punya duit. Mahu 2-3 ribu mengalahkan anak ketua kampung yang kerja kilang lulusan diploma tu. Disebabkan ramai yang tak berpuas hati dan mahukan kepastian, segerombolan penduduk berhati jaki bertanya sendiri kepada Paan.


***************


Sumpah!
PEGAWAI keselamatan dengan PENGAWAL keselamatan jauh macam Selatan Uganda denagan Kampung Jawa!


p/s: Jidot adik Paan yg ckp dia dapat keje kolumpo jadi pegawai. gua baca surat haram satu pegawai gua tak jumpe.gua siku bawah bibir lu nak??!

Saturday, April 4, 2009

Hari ini ada pasar malam. Seronok!

Dahulu-dahulu masa zaman sebelum baligh, saya sangat comel. Ya. Tak tipu. Mak selalu berpesan buat baik dibalas baik, buat jahat buruk padahnya.

Dahulu-dahulu mak selalu berpesan buat baik dapat pahala, buat jahat dapat dosa. Saya tidak berapa nak pasti pahala tu bagaimana. Saya bertanya pada mak.


"Ibu, pahala tu macam mana?"

"Pahala tu benda yang kamu suka sangat" Mak yang cakap.

"Macam mana nak dapat pahala tu?" rasa ingin tahu kanak-kanak saya makin membuak-buak.

"Buat baik banyak-banyak. Selalu tolong orang susah. Jangan degil cakap orang tua. Semua tu boleh dapat pahala" Mak memberi penerangan yang cukup meyakinkan saya sebagai kanak-kanak ingin tahu.


Petang itu saya ikut bapak pergi pasar malam. Memang ramai. Sesak sampai nak berjalan terpaksa berpimpin tangan dengan bapak saya. Saya takut hilang kena culik. Di sana saya ternampak orang buta duduk sambil menghulurkan cawan berisi duit kepada saya. Bapak saya buat macam tak nampak. Saya nampak ada orang hulur duit. Saya seluk poket. Ada 20sen lebih beli aiskrim bapak bagi. Saya bagi kat orang buta. Terima kasih saya dapat.

Saya berjalan lagi. Banyak kedai bapak berhenti beli barang. Walaupun saya rasa letih tapi saya suka sebab hari itu saya dah buat baik. Tiba-tiba seorang pakcik tarik saya dari belakang.


"Kecik-kecik dah pandai mencurik! Bagi balik senapang tu!" Bentak pakcik tu sambil merampas senapang dari saya.

"Tapi pakcik..."


Dan hari itu saya mendapat tamparan dan amukan dari bapak saya. Dan hari itu juga saya tahu pahala itu bukan senapang mainan yang boleh diambil sesuka hati di kedai-kedai selepas berbuat baik. Sekian.


p/s: apa yang saya nak tulis pun saya tak tau....

Thursday, April 2, 2009

Jangan nilai buku daripada kulit. Belum tentu buku itu selamat dibaca kanak-kanak bawah umur.

Sepetang bersama rakan-rakan mengeteh memang perkara yang paling nikmat dalam kehidupan sekarang. Sembang kosong. Gelak besar. Hisap rokok. Kegembiraan itu macam tak pernah putus-putus. Mengalir macam air.



Tapi apa kes sekarang gua duduk sorang-sorang gua jadi auto nangis?



p/s: masalah selesai tapi pengakhiran cerita yang tak mengembirakan.... gua pasrah... dugaan yang maha kuasa...