Paan memang tak kisah sangat apa yang orang nak cakap pasal diri dia. Pengotor. Penganggur. Selekeh. Tak ada masa depan. Mungkin dia lebih selesa dengan cara begini. Biar apa orang nak kata. Hidup Paan selalu
happy go lucky kata orang-orang putih.
Cara hidup Paan yang macam itu membuatkan ramai orang memandang serong. Salah anggap tentang sifat kendiri Paan. Semuanya menilai dari kulit bukan isi. Walaupun demikian, Paan punya cita-cita. Punya impian masa depan. Macam orang-orang kebanyakan yang lain.
Paan sudah puas menahan telinga dari tohmahan dan tuduhan liar yang dilemparkan sejak dulu lagi. Dia pasrah. Kadang-kadang menangis sendirian. Sifat manusia. Walau ketat mana sekali pun muka hati pasti terusik. Pedih Paan menelan. Memendam rasa kesorangan.
Baru-baru ini seluruh pelusuk kampung digemparkan satu berita yang amat dahsyat. Lebih menggemparkan dari kes penceraian artis-artis tanah air mahupun kenapa Dato' Siti tak mengandung lagi. Paan telah mendapat tawaran berkerja di bandar metropolitan. Ya. Kuala Lumpur memang idaman jejaka-jejaka gila popular yang tak tahu menahu hala tuju hidup penuh penipuan.
Setahu penduduk Paan tak pernah habis sekolah darjah enam tapi kedengaran khabar angin yang beliau ditawarkan berkerja sebagai Pegawai Keselamatan di salah sebuah syarikat mega-mega juga. Ini kerja bukan sikit-sikit punya duit. Mahu 2-3 ribu mengalahkan anak ketua kampung yang kerja kilang lulusan diploma tu. Disebabkan ramai yang tak berpuas hati dan mahukan kepastian, segerombolan penduduk berhati jaki bertanya sendiri kepada Paan.
***************
Sumpah!
PEGAWAI keselamatan dengan
PENGAWAL keselamatan jauh macam Selatan Uganda denagan Kampung Jawa!
p/s: Jidot adik Paan yg ckp dia dapat keje kolumpo jadi pegawai. gua baca surat haram satu pegawai gua tak jumpe.gua siku bawah bibir lu nak??!