Thursday, December 18, 2008

Program bina insan dapat membina jati diri dan peribadi mulia, beras jati cap kapal layar pula beras pilihan anda

Suatu ketika dahulu pernah tercatat dalam sejarah dimana penaklukan Jepun di tanah Malaya bermula pada 8 Disember 1941 di Kota Bharu, Kelantan. Mitos keunggulan ketenteraan British di Timur Jauh dimusnahkan dalam tempoh 69 hari sewaktu Singapura yang merupakan pusat pangkalan Tentera British melutut kepada kekuatan pihak Jepun pada 15 Febuari 1942.


**********

Dari sudut sejarah yang lain pula, salasilah penggunaan nama selipar Jepun masih bercanggah hingga ke hari ini. Terdapat banyak pandangan berbeza yang diutarakan berkenaan asal-usul perkataan ‘Jepun’ pada perkataan selipar Jepun itu sendiri. Walaubagaimanapun, antara pendapat munasabah yang boleh digunapakai ialah seperti berikut:

1) Selipar digunakan sebagai alat seksaan semasa zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu
pendapat ini adalah yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia apabila diajukan dengan persoalan sejarah selipar Jepun. Ia boleh dianggap paling hampir tepat kerana kebanyakan bukti-bukti lisan daripada orang-orang tua dan veteran perang dunia ke-2 mengatakan askar-askar Jepun pada waktu itu menggunakan selipar untuk menampar penduduk yang tidak akur pada arahan mereka. Lantas, penggunaan perkataan ‘Jepun’ dilihat sesuai untuk menggambarkan peranan selipar tersebut pada keti
ka itu. Tetapi, ada yang menyangkal pendapat ini dengan mengemukakan satu lagi istilah lain iaitu ‘penampar Jepun’ iaitu situasi di mana askar Jepun menampar penduduk dengan menggunakan tangan sahaja. Namun, kedua-dua pendapat dilihat saling berkait kerana adanya aksi menampar.

2) Sebagai kenang-kenangan rakyat terhadap zaman pendudukan Jepun.
Semasa zaman pendudukan Jepun, rakyat hidup miskin dan melarat. Oleh itu, untuk membayangkan kemiskinan pada waktu itu ialah deng
an menggunakan pernyataan bahawa, selipar adalah satu-satunya produk yang mampu dibeli oleh rakyat sewaktu pendudukan Jepun. Jadi, selipar dinamakan dengan tambahan perkataan ‘Jepun’ demi mengenangkan tekanan hidup pada waktu itu. Jika pada waktu itu, Tanah Melayu dijajah oleh Jerman, kemungkinan ia dipanggil selipar Jerman atau selipar Nazi sesuai dengan identiti Jerman pada zaman itu.

3) Rekabentuk yang hampir sama dengan terompah Jepun; Geta dan Zori.
Terdapat juga kemungkinan ini kerana aspek peniruan atau mencontohi dalam industri pembuatan tidak dapat ditolak. Selain itu, berkem
ungkinan juga ia diperkenalkan oleh orang Jepun di Tanah Melayu. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ia mempunyai rekabentuk yang hampir sama dengan terompah Jepun.


selipar imam Kodi yg terbaru selepas namblas kali di culik


p/s: selipar jepun pon nek harge....mcm ni tokey nasi itik gantong pon bole botak...

6 comments:

Darab Dua said...

pandai lu sejarah.
cikgu sejarah apa nih?
heh!

Anonymous said...

aku dulu kecik2 suke pki selipar jepun...

sbb senang nak main "baling selipar" ptg2 nnt...

l.i.f.e said...

hahaha
kunci tu lagi mahal dari harga selipar!

suya said...

hebat....smpi skg aku maseh pakai sipa jepon..kalo kua lunch pon pake sipa jepon.sbb?tak nmpk trying to hard.tp munkin org pandang aku minah sloppy.

Deeno said...

aku ske sandal jepon.
tapi lebih kepada japanese style la..
tapi ok whut..
telima loger locket

KARKADEWA said...

darabdua,
cite2 tu da ade...
tapi takut mak bapak dtg serang skola ngajo anak2 derang bukan2...

akim,
owh...
da lame rasenye x main...
klu di ganti safety boot pasti mencabar...

life,
bajet selamat la tu...
haha...

suya,
owh...
slipar jepon sememangnye seksi....