Malam hari tu aku minum-minum di kedai mamak. Malam tak hujan macam selalu. Hari ni special day sebab simpan hujan untuk malam jumaat bagi orang-orang dah kahwin gamaknya. Di depan aku sekumpulan lelaki lingkungan usia 40an berpangkat bapa-bapa mithali. Ada yang berkain pelekat. Berkopiah. Berbaju melayu. Malahan berseluar pendek berbaju parti dacing pun ada. Baru selesai solat di masjid kata hati kecil aku.
Dua table sambung lebih kurang 12 orang. Aktiviti mengeteh memang rancak di sahut sembang-sembang letup sambil gelak-gelak besar. Ya. Kedai itu memang macam dia pengurus. Pengurus sebenar pun takut nak keluar kedai tengok gelagat lelaki-lelaki lingkungan 40an ni. Disebabkan kerancakan sembang letup pada malam tu, aku berminat mendalami apa yang cuba dibincangkan meraka-meraka itu.
"Sikit lagi nak kena!" tinggi suara lelaki 40an berkopiah.
"Hang salah pusing. Mana boleh ambik sebijik-sebijik" sahut lelaki 40an berseluar pendek berbaju dacing.
"Gile kau. 1st price tu" lelaki 40an berbaju melayu menyelit.
"Aku cakap hari tu kau menyombong. Balasan la tu. Macam ni bila nak kaya?" tempik lelaki 40an berkain pelikat sambil mencebik.
Astaga...
Kalau gua nampak bapak gua kat kedai haram tu, gua tak teragak-agak nak silambam depan kaunter pembayaran.
p/s: rumah kata pergi, kubur ajak mari. dunia akhir zaman weyh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
urhhh...memalukan seyhhh...
apa cadangan yg boleh dilaksanakan untuk membendung aktiviti2 sebegini?
panggil 360 bleh?
kopiah hanya sekadar menutup kepala..
nasib baik baju berdacing je..
ke lu ada jugak tengok pakai baju ijau bulan putih?? kalu ada panggil gua. nak kasi ong bak seround..
lelaki tua berjudi selalunya datang dgn pakej gatal meroyan skali..haih celake..
tu la..
skang ramai da berkecimpung dalam arena no ramalan..
haih..
peh..miss semata tu..hahaha..lain kali pau la..pusing keliling no tu..
lain kali ko azan jak tempat tu..
haha
pusing tu ibox kan?
biasa Selasa je ada special draw. Tak toto, damacai. Ala yang gambo kude tu.
next time,kau lalu tepi meja diorg..pastu geleng2kan kepala smbil ckp "dunia..dunia.."
pastikan pakaian semasa itu adelah yg bersesuaian.
ahaha~
iskh3...
dasar..
mmg ramai yg begitu.... haih
haih!!!!!!apa nak jdi neh...?
vavi!!
tak gune nyer orang tua!
laknat la dikau si tua!
aku nak mencarut gak!
ish ish...memintak ah selisih.x mau ah tetua nanti buat jahat :D
Post a Comment