Paan memang tak kisah sangat apa yang orang nak cakap pasal diri dia. Pengotor. Penganggur. Selekeh. Tak ada masa depan. Mungkin dia lebih selesa dengan cara begini. Biar apa orang nak kata. Hidup Paan selalu happy go lucky kata orang-orang putih.
Cara hidup Paan yang macam itu membuatkan ramai orang memandang serong. Salah anggap tentang sifat kendiri Paan. Semuanya menilai dari kulit bukan isi. Walaupun demikian, Paan punya cita-cita. Punya impian masa depan. Macam orang-orang kebanyakan yang lain.
Paan sudah puas menahan telinga dari tohmahan dan tuduhan liar yang dilemparkan sejak dulu lagi. Dia pasrah. Kadang-kadang menangis sendirian. Sifat manusia. Walau ketat mana sekali pun muka hati pasti terusik. Pedih Paan menelan. Memendam rasa kesorangan.
Baru-baru ini seluruh pelusuk kampung digemparkan satu berita yang amat dahsyat. Lebih menggemparkan dari kes penceraian artis-artis tanah air mahupun kenapa Dato' Siti tak mengandung lagi. Paan telah mendapat tawaran berkerja di bandar metropolitan. Ya. Kuala Lumpur memang idaman jejaka-jejaka gila popular yang tak tahu menahu hala tuju hidup penuh penipuan.
Setahu penduduk Paan tak pernah habis sekolah darjah enam tapi kedengaran khabar angin yang beliau ditawarkan berkerja sebagai Pegawai Keselamatan di salah sebuah syarikat mega-mega juga. Ini kerja bukan sikit-sikit punya duit. Mahu 2-3 ribu mengalahkan anak ketua kampung yang kerja kilang lulusan diploma tu. Disebabkan ramai yang tak berpuas hati dan mahukan kepastian, segerombolan penduduk berhati jaki bertanya sendiri kepada Paan.
***************
Sumpah!
PEGAWAI keselamatan dengan PENGAWAL keselamatan jauh macam Selatan Uganda denagan Kampung Jawa!
p/s: Jidot adik Paan yg ckp dia dapat keje kolumpo jadi pegawai. gua baca surat haram satu pegawai gua tak jumpe.gua siku bawah bibir lu nak??!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
cakap biar terang, kabor la jadi JAGA je. heh!!
hehe...bg canlaa kt paan tuu
hahha..pedih pedih..
hahaha..
macam kisah benar je ni..
hahahaha...boleh tahan la...mmg jauh gile tu bunyiknye...
adehh ;p
budak²
biarla salah
tp masa aku baca pegawai keselamatan tu mmg dah terbayang pakgad oh
npk sgt otak aku laju kan haha
Sengal. Paan. ha ha.
Jiran lu ke Paan tu?
Lebey kurang jer tuhhh...Beza ejaan je, iye tak...
Ha.ha.
Pegawai keselamatan tu, bkn same mksud ngn pengawal keselamatan ker?
paiseh,
glemer skit bunyi tu kot..
haha...
suya,
gua geram kat adik die tu..siblak!
mrblind,
sakit ulu ati gua...
haha..
macha,
mmg pon...
tu gua hangen skit...
haha...
mee chee,
jauh weyh!
tune,
ah!
budak2 kene ajar skit...
nnti dah besau jad penipu!
yoyo,
kurang pantas skit dr labi2 je...
haha...
revrie,
org kg gua...
kdg2 ade gune jgk die tu...
s.yanaz,
haha...
btol3x...
jd katak dgn kacak sama la?
haha...
2ndcyllinder,
len weyh...
aku dah try google..
Post a Comment