Friday, January 9, 2009

Benda - benda pelik jangan ditegur. Orang dulu - dulu yang kata.

Apa - apa sajalah dia ni dan dia ni...


1.Copy badge '2008 Cute's Blogger Award' untuk diltetakkan di blog anda.
2.Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya.
4.Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda.
5.Jangan lupa untuk meninggalkan pesanan di blog pemenang award ini.


1.


2. Pemberi no 1:
Ini kawan kepada kawan aku. Kenal runcit - runcit je. Aku panggil Bardkertu. Name sebenar deeno ke hape ntah. haha...Kau bile nak blanje aku weyh...!!!Turun bangi bukan nak oger2...kau ngan ayam same je..melingkop...!!!haha...

Pemberi no 2:
Ini kenalan secare singkat dan maya. Borak macam dah lame kenal. Name Farah ye..??Seorang yg tak mudah tergode walaupun ayat aku dah abis manis. haha...amacam..??dah ubah fikiran?rugi weyh...!!

3.
+ aku seorang yang suke makan..
+ aku seorang yang suke tido..
+ walaupun aku suke makan dan tido, tidak bermakne aku tak suke bersukan sbb aku minat main bola sepak. lagi - lagi dgn budak sekolah rendah. mudah - mudah je tu...
+ tak suka ilmu hisab
+ mudah tidur siang dan susah tido malam. ada sapa - sapa nak offer jadi pak guard shift mlm jage dpn umah dia..??
+ dulu masa belum baligh suka main lari - lari tapi sekarang sgt benci. mungkin dah tak larat kot..
+ sangat mengidam aiskrim rm1 kat supermarket Warta. gile menangkap. McD tu sayup -sayup je tinggal...
+ makan ape shj yang boleh di makan. tak memilih. so bakal - bakal menantu mak aku, jgn risau...
+ sgt suka buat kerja last minit. mungkin tabiat student dah sebati dalam hidup..
+ bila minum susu pasti cirit - birit...haish....

4. bersedialah menjadi cute...
+ mr blind
+ tasikmerah
+ ayu
+ badeen
+ paula
+ akim
+ 2ndcylinder
+ apek
+ suya
+ last ni weyh..!!rebut2...!!

**nak jadi ke cute ke tak nak, lantak korang lah...**


p/s: pepalih letih weyh..!! dah sengal2 jari ni...tapi hari ni gua rase cute lain mcm dari hari2 biase..awek gorng pisang asyik men mate ngan gua...ke perasaan je..??haish..

Tuesday, January 6, 2009

Cuti lama - lama pun tak ada faedah. Jawatan suri rumah mak boleh ambil balik. Selamat tinggal baju basah dan habuk - habuk kasut atas lantai.

Sengal - sengal otak ni dah lame tak function menjawab campur-tolak-darab-bahagi. Mungkin masih boleh beraksi. Mungkin masih tidur mcm tahun - tahun lepas. Only god knows why (mcm penah dgr)

Budak - budak dah banyak meliar main lari - lari dpn sekolah. Baru teringat musim sekolah dah bermula. Padan la semua baju putih - putih belake. Baru beli. Jualan mega Sogo. Untung budak - budak sekarang.

Kedai Ubat Kim Loy. Org kata nama tu dah melambangkan keperibadian. Jangan mudah tertipu. Org putih ckp dont judge the book by its cover.

Banyak jasa kedai ni. Semua penduduk mmg teruja. Ckp je ape nak. Dari brg keperluan dapur, kecantikan wanita, perlatan kembali ke sekolah, makanan binatang eksotik. Sebut je lah. Pasti tak kecewa.

Mana boleh saing dgn kedai 24jam zaman sekarang. Ubat nyamuk pun belum tentu ade stock. Lekeh.

Zaman - zaman tengah ngetop kasut penguin dgn pallaz jazz. Gila kencang perniagaan kedai ni. Kalah Sogo time buat mega sale hari - hari raya. Dah macam kilang kasut. Tapi versi kedai runcit.

Sampai sekarang aku masih confius. Mane datang "ubat". Satu haram kayu akar ginseng pun aku tak pernah nampak. Ubat batuk pun jarang - jarang sekali ada stock. Baik tukar je name Kedai Serbaneka Kim Loy. Dak pun Kedai macam-macam-ada-kecuali-ubat Kim Loy.


Gila confius weyh....!!!

Saturday, January 3, 2009

Gila seram. Macam haram. Scene bercumbu makwe - makwe pun jadi tak lalu. Semua kena sensored juga.

Mun bagai tidak sedar apa yang telah terjadi pada dirinya. Dia meracau - racau. Menjerit - jerit tak tentu hala. Kalau di lihat bangsa luar pasti di label gila.

Tapi Mun tak anggap begitu. Takut. Seram. Cuak bercampur - baur menjadi satu. Tiada siapa yang meminta semua berakhir begini. Lagipun ini bukan salahnya. Kalau tidak kerana idea mengarut Alissa dan rakan - rakan sejawat The Pink Ladies yang lain, mana mungkin Mun berani buat semua kerja gila ni.


**********

Lentok di arah Riz membawa Zeta menunggu di keretanya. Biar hanya dia dan Alissa pergi mencari Mun yang dari tadi hilang entah kemana. Apa - apa terjadi masih ada yang selamat boleh meminta bantuan. Mungkin itu yang bermain di benak fikiran Riz.


**********


Saat genting begini pasti selalu datang masalah tak diingini. Enjin kereta tersengguk - sengguk tak mampu nak di hidupkan. Macam perokok surya tegar yang dah kronik menunggu ajal. Nak tak nak terpakse Lentok kuatkan semangat walau dalam hati ada sikit takut - takut. Player. Mana boleh jatuh air muka depan makwe.



**********


GuuuuKKkKKk....!!!

Seraya itu aku terus memandang ke belakang. Meliar tajam mata memandang bengis.

Cilakak makwe ni...!!!
Aku pun terkejut jugak tengok cerita Histeria ni. Tapi takde la sampai terajang kerusi orang depan. Nasib baik tak tersungkur jatuh pergi kerusi org depan. Kalau tak mane nak letak air muke ni weyyhhh...??!!


Kalau bukan sebab diaorang ni, dah lama gua balik uma tido



p/s: ingat seram...harap darah je lebih....nasib baik ade degawan..haha...
p/s: babak apakah selepas Lentok keluar kereta nak check enjin yg membuatkan makwe tu terkejut..??gua pon terkejut gak..cilakak..