Friday, November 28, 2008

Siri bercakap bahasa asing

aujourd'hui est le vendredi
tout le monde aller à la mosquée
i dormir à la maison
stupide chien aboyer près de ma maison
C'est un signe ..?


p/s: susah jugak jadi orang asing ni....

Thursday, November 27, 2008

Sedia atau tidak, bolos saja dinding itu....

ade bran..??

Friday, November 21, 2008

Cerit paling hot, lebih hot dari kisah Norman, Abby dan Memey...(siri bersembang letup)

MEDIA: Sepanjang berada dalam tahanan apa yang anda bayangkan?

ABDUL RAZAK: Sejak saya ditahan pada November 2006, banyak perkara diperkatakan pelbagai pihak, termasuk pembohongan dan tanggapan tidak berasas yang dijadikan asas, kononnya dikatakan kebenaran.

Kebenaran sebenar sudah tidak lagi menjadi penting, seolah-olah tiada siapa yang berminat lagi untuk mengetahui perkara sebenar.

Beberapa pihak membuat usaha bersepadu untuk memutarbelitkan kisah sebenar sehingga menjadi timbunan sampah-sarap. Pembohongan cepat sekali memintas kebenaran.

Saya sendiri terperanjat menyaksikan bagaimana kes saya digembar-gemburkan sebegitu liar dan orang yang tidak tahu menahu muncul di tengah persoalan dan berjaya memesongkan pandangan ramai orang. Ramai ikut serta dan terbawa dengan perbuatan tidak benar.

Yang tidak bersalah menjadi mangsa, sementara yang berdusta bermaharajalela. Orang ramai mudah diperdaya dan mereka percaya apa yang ingin mereka percaya tanpa menghiraukan kebenaran.

(petikan akhbar Harian Metro Jumaat, 21 November 2008)


ape kes tanye lain jwb lain..??

jwb la terbayang nasik lauk sardin ke...
bini kesorangan malam jemaat ke...

Thursday, November 20, 2008

Di kala masalah kegawatan air menimpa, aku kental meminum air susu menyebabkan aku cirit birit.....

celake lu Ah Seng jual susu basi...!!!!


p/s: ape dose aku..??xkn sbb bil air tertunggak 2-3 bulan lu org berdendam, catu air kat kwsn uma aku..??aku dah letih ulang alik p stesen myk...bangla pam myk da usha aku semacam je...

Tuesday, November 18, 2008

Dahi berpeluh, muka berkerut, mata terkebil, hati tak keruan

bangun2 pagi je diri ni dah rase len mcm..
otak da tak boleh fikir secare rasional...
bukak tutup bukak tutup still tak nak keluar..
aku da jadi tak keruan...
kalau hadap nasi dagang pasar malam seksyen 1 depan muke aku pun aku kuis pakai kaki je...
tak lalu nak tengok sume bende tu buat mase kritikal ni...




anak haram...!!
dan2 air takde time tu la perot aku rase nak mencirit...
tak kan la aku nak runner pegi masjid semate2 nak mencirit..??
semyg jumaat berjemaah pon boleh kire seblah jari...
mau kene hambat dgn tok siak pakai parang...


p/s: ape jadah syabas ni korek2 paip..??diorg xtaw ke org hari2 berak..??menyusahkan btol la...

Saturday, November 15, 2008

Kurasakan Something

Pernah satu ketika dahulu, mak saya pernah berkata yang setiap perbuatan baik akan dibalas dgn kebaikan, kejahatan akan dibalas dgn keburukan. Bukan shj mak saya, hatta cikgu sekolah rndah, menengah, jiran mek kalsom, bai jual roti, encik posmen dan Latif Burgiba juga bersependapat. Saya teringat satu kisah di zaman pra budak hingusan masa zaman2 kegilaan tora & ding dang, siri kartun tomatoman dan power rangers pink (hurrmm..) dan berendam dlm parit kat area UPM (mase tu masih dikenali Universiti Pertanian M'sia).

Amran Altiptop (bukan name sebenar) ni antara budak yg plg nakal dan aggresif dlm golongan umur2 kami. Walaupun mempunyai rupe paras yg comel dan jambu yg mampu membuatkn setiap mak mertua cube membuat tempahan awal utk dijadikan menantu namun beliau tetap tidak disukai oleh Hj Rostam merangkap imam besar surau belakang rumah saya. Nak dijadikan cerita, Hj Rostam ni mempunyai seorg anak gadis yg tersgtlah comel+ayu+cantik+sopan santun+bebudi bahasa=pakej terbaik yang pernah wujud dlm golongan2 budak hingusan macam kami. Biar saya namakan shj beliau sebagai Mawar. Pada satu petang jumaat masa time pulang sekolah agama, Amran Altiptop yg penuh dgn tipu muslihat jahat dalam kepale cuba menghasut saya dalam menjayakan misi mengumpan hati Mawar.


Amran Altiptop : ko ikot aku sat bleh x..??

Saya : p mana..??aku xbleh lama2...sat g nak men bola...

Amran Altiptop : sat ja...ko tolong aku bwk beskal ni je...


Saya dengan tanpa syakwasangka terhadap Amran Altiptop terus mengikut jejak langkah beliau. Amran mengambil samping yang dipakai mula menutup muka beliau ala2 org jahat cerita silat lakonan Faizal Hussein.


Amran Altiptop : wei, ko lalu seblah Mawar...klu aku sruh pecut ko pecut laju2...jgn toleh blakang...

Saya : awat plak..??

Amran Altiptop : ko ikut je la cakap aku...kang aku blanje choki2....


mendengarkan hasrat murni beliau utk belanja saya choki2, saya turutkan shj kata2 beliau tanpa byk persoalan.

Taaaasszzzzz...!!!


Amran Altiptop : pecut skrang..!!!jgn pandang belakang...!!!


saya memecut terus sampai ke rumah beliau.


Saya : hape jadah ko pegi rentap beg budak Mawar tu..??ko da nak mampos..??makan penampaq nanti ko dgn bapak dia...

Amran Altipop : rilex la...lps ni ko ikot aku p umah Mawar...kite jgn nek beskal...jalan kaki...


Sesampai shj di rumah Mawar, Amran Altiptop mule berkelakuan sopan tak ubah seperti org palig suci dlm muka bumi ni. Beliau pergi berjumpa dgn Hj Rostam. Aku hanya menunggu diluar tak berani nak ikut sekali. Ape ntah yg ditipu Amran pada Hj Rostam tu. Makan penampar org tua tu jgk bdk ni kang. Sambil menghulurkan bag yg dirampas tadi kepada Hj Rostam, kepala Amran tiba2 diusap penuh kasing syg sambil dilempar senyuman manis oleh Hj Rostam. Aku tergamam sebentar. Tiba2 Mawar pulang sambil menangis2.


Hj Rostam : Kenapa dgn ko ni Mawar..??ni ha bag ko yang tinggal kat skola td...nsb bek ade budak Amran ni...ko ni cuai betol....

Mawar : Die tpo bah...diorang ni yg rampas bag Mawar time balik skola td...


sambil menuding jari kearah kami berdua...

PAAANNNNGGG...!!!

Terkedu aku melihat Amran Altiptop dah tersungkur menyembah bumi menerima dgn pasrah penampar Hj Rostam. Hj Rostam beralih menuju ke arah saya. Tak sempat nak selamatkan Amran, saya terus pecut 100 meter kuak dada pulang ke rumah. Dalam hati hanya mampu berdoa supaya Amran selamat. Pd keesokannya, Amran menceritakn segala hal yg terjadi selepas saya lari mngglkan beliau. Syukur saya Amran selamat, hanya satu tamparan shj, kalau dua pasti icu. Kebijaksaan Amran utk mengumpan hati Mawar membawa kesan luaran pada pipinya. Saya hampir terjerumus sekali. Nasib baik akal masih panjang.

Betul la kata2 mereka, berbuat baik di balas baik. Hari tu dapat la jugak saya rasa choki2 yg dijanjikan Amran semalam. Tak sia2 pengorbanan saya mengayuh basikal.


p/s: rindu kek Amran Altiptop...apo cito la dio skang nih...??