Lagi beberpa jam sahaja nak sampai tahun baru...
Aku dah tak sabar - sabar nak lepak minum mapley macam hari - hari selalu....
Rase lebih mencabar....
Dari sudut sejarah yang lain pula, salasilah penggunaan nama selipar Jepun masih bercanggah hingga ke hari ini. Terdapat banyak pandangan berbeza yang diutarakan berkenaan asal-usul perkataan ‘Jepun’ pada perkataan selipar Jepun itu sendiri. Walaubagaimanapun, antara pendapat munasabah yang boleh digunapakai ialah seperti berikut:
1) Selipar digunakan sebagai alat seksaan semasa zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu
pendapat ini adalah yang paling popular di kalangan rakyat
2) Sebagai kenang-kenangan rakyat terhadap zaman pendudukan Jepun.
Semasa zaman pendudukan Jepun, rakyat hidup miskin dan melarat. Oleh itu, untuk membayangkan kemiskinan pada waktu itu ialah dengan menggunakan pernyataan bahawa, selipar adalah satu-satunya produk yang mampu dibeli oleh rakyat sewaktu pendudukan Jepun. Jadi, selipar dinamakan dengan tambahan perkataan ‘Jepun’ demi mengenangkan tekanan hidup pada waktu itu. Jika pada waktu itu, Tanah Melayu dijajah oleh Jerman, kemungkinan ia dipanggil selipar Jerman atau selipar Nazi sesuai dengan identiti Jerman pada zaman itu.
3) Rekabentuk yang hampir sama dengan terompah Jepun; Geta dan Zori.
Terdapat juga kemungkinan ini kerana aspek peniruan atau mencontohi dalam industri pembuatan tidak dapat ditolak. Selain itu, berkemungkinan juga ia diperkenalkan oleh orang Jepun di Tanah Melayu. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ia mempunyai rekabentuk yang hampir sama dengan terompah Jepun.
selipar imam Kodi yg terbaru selepas namblas kali di culik
p/s: selipar jepun pon nek harge....mcm ni tokey nasi itik gantong pon bole botak...