Friday, February 20, 2009

Mencegah lebih baik dari mengubati

Seminggu di hospital. Masuk air. Keluar air. Tangan kurus lidi naik kembung besar penumbuk Sazali Samad. Bonzer kelab malam segan - segan nak tegur. Salah tegur berebut gigi masuk dalam perut.

Rumah serupa sarang penagih. Memang favourite tempat lepak parasit perosak. Dijemput bakal mak mertua menjengah, confident belum kenal hati budi dah kena reject. Belum cerita pasal laman depan rumah. Hutan simpan Taman Negara dah hampir gondol. Kalau pak menteri pening kepala pembalakan haram boleh datang ambil sikit ternak lalang dekat sana. Untung - untung boleh cover mana yang dah botak. Kadang - kadang licik benar aku ni ngalah Pak Menteri.


********

Sudah!
Besok kalau kau tak tebas lalang tu dan bersih semua sampah kat luar aku tebas kepala kau gantung kat depan gate!


********

ah!
baru chikungunya, belum AIDS!


p/s: rumah lu pun lebih kurang gua la!kasi turun sewa la baru gua tebas lalang ni!poodaaah!

Sunday, February 15, 2009

Keadaan begini memang tak berapa nak menjadi. Berat ke maki hamun.

Gigi gua sakit!
Doktor cantik tolong biuskan gua...please?



p/s: azab kubur lagi seksa gamaknye dari sakit gigi...

Monday, February 9, 2009

Accapan dan Mr. Os boleh kacip bersama, Pak Menteri sampai bila?



"Enche doktor, tolong kasi cabut garpu suda lekat sama saya punya lidah.
Saya satu kali ingat ini kaki ayam"

"Wokey enche, kasi tutup mata satu kali. Ubat bius sudah habis."








"Ayyo appa, saya suruh cungkil tiub celah gigi. Apa pasal boleh tembus pipi?"


"Sorry la minachi. Satu kali terlebih sudah."










Acara memecahkan rekod dunia dalam ketegori menarik lori 16 tayar menggunakan kulit sambil makan kuaci diiringi irama banggra.











Limau! Limau! Sebadan dua ringgit setengah!










"Betul cakap mak. Makan gula - gula murah menyebabkan gigi dan lidah saya bertukar warna."







"Makcik, demonstrasi bukan dekat sini. Dekat Kuala Kangsar.
"

"Mokcik pedulik hape!"







p/s: ok. gua rasa nak muntah! Ini gambar bonus.

Thursday, February 5, 2009

Walaupun puaka niyang rapik dah habis, Liyana Jasmay tetap datang dalam mimpi gua.

Jam menunujukkan hampir ke pukul 6 petang. Waktu - waktu begini memang kacip kalau di bawa bersiar - siar keliling kampung. Nekad aku teruskan niat sambil menuggang basikal bapak aku yg kadang -kadang tayar belakang tak berapa nak ada angin.

Memang menangkap angin petang tu. Kalau main layang - layang aku syak mahu sama tinggi dengan KLCC. Memang ramai orang petang - petang macam ni. Kat padang saja dah ada 6 team bola. Tapi haram satu pun pemain bola Malaysia tak main Eropah.

Penat berkayuh aku berniat berjalan kaki pulak. Basikal kena bawa sekali. Kalau tinggal mahu kena sebat dek mat indon. Pantang lepa sikit. Tiub bocor depan rumah aku pun kau nak sapu!

Angin sepoi - sepoi bahasa. Memang A++. Hari pun dah semakin senja. Tiba - tiba aku menangkap satu bau yg kurang menyenangkan. Ah, sudah. Bau - bau macam ni memang aku x berape into. Lagi - lagi time senja macam ni. Aku kuatkan semangat. Dah macam - macam cerita orang dulu - dulu menyerang otak aku. Tiba - tiba meremang pulak bulu roma ni.

Aku pandang kiri. Pandang kanan. Pandang atas. Pandang bawah. Cuba mencari source bau tu datang. Bau masih kuat. Keiling aku makin kurang orang. Ramai dah balik bersiap - siap nak ke surau gamaknya. Aku masih tak puas hati. Bau still menusuk - nusuk sistem pernafasan. Sumpah. Memang kuat. Tapi perjalanan pulang masih aku teruskan.

Sampai rumah aku cepat - cepat parking basikal tepi tiang. Dah tak keruan. Hati memang berdebor lain macam. Meremang tak payah cerita la. Sebelum masuk lebih afdal basuh kaki.



Cilakak!
Tak ada adab berak ke lembu kampung gua ni?!