Wednesday, March 4, 2009

Peningkatan tahap lapar berkadar terus dengan taburan hujan di Malaysia

Boleh dikatakan tiap-tiap malan hujan. Asal malam hujan. Asal hujan malam. Ape jadah kalau malam asyik hujan. Terbantut la aktiviti malam orang bujang macam aku. Orang dah kahwin memang gemor time-time hujan ni. Rasa sejuk dia lain macam. Haish....

Bila cuaca dah tak berapa nak menentu ni, macam-macam penyakit nak datang. Selsema la. Batuk la. Demam panas la. Sengguggut la. Kadang-kadang membawa ke cirit-cirit. Sampai naik kecut usus besar. Time-time macam ni layan tidur siang pun dah tak berape into. Badan berat ke tandas. Sikit hari tandas renovate jadi bilik tidur.

Paan dah terkena cirit-cirit ni. Aku memang tak into langsung scene ni. Lebih kepada carut dari ke tandas. Aku dah try buat calculation purata Paan ke tandas satu hari. Lapan kali! Dah nampak sikit naik ketul-ketul kat peha dia. Lepas ni boleh pergi ujibakat pelari pecut negara saing-saing Azmi Ibrahim dulu-dulu.


"Wei Paan! Ni lagi berapa hari kau nak duduk dalam tandas ni?"


Senyap. Bunyi cengkerik pun takda. Aku dah naik seriau. Dah dekat sejam lahanat ni kat dalam. Tengah-tengah malam ni bukan aku berani sangat. Depan makwe-makwe memang aku hero. Sudah. Ketuk-ketuk pun tak menyahut. Aku nekad. Walaupun berani-berani ayam aku cuba kuatkan semangat. Aku pergi tandas sebelah. Panjat kepala paip nak cuba-cuba intai Paan macam budak-budak kampung ngendap anak dara mandi. Ah. Dada debor lain macam. Berserah la apa yang jadi pun.....




Biawak!
Gua tunggu lu sejam lu boleh enak tidur kat situ?
Gua sumbat kepala lu dalam mangkuk tandas!
Lahabau!


p/s: kejadian ini benar2 terjadi semasa gua zaman skolah2 asrama. sampai sekarang pun gua tak boleh dapat ilmu tidur dalam tandas sambil mencangkung. tinggi benor ilmu Paan ni. Huh!

17 comments:

BudAk hijAu said...

hahahhaha....gila dasat..

kim salam paan eh.. :D

mrblind said...

ada tak dia mengigau masa tidur tu..

A said...

hujan adalah satu rahmat..

gua rilek je, hujan2 gua pergi main hujan..

:)

Antusabun said...

betul pun tertekan paan tu dengan cirit birit.haha.. skali tidur dalam jamban tak mau lak kuar yer tak.

Rembo said...

cuba riki riki sekolah mana dulu dia. biasa ilmu2 gini, sekolah takda makwe je.

hzrh said...

kt sape la si Paan tu berguru agaknye ye??
xD

macha_sezs said...

fuiii..ini betul2 bersatu dengan alam ...hahaha

@tune® said...

hujan panas
hujan panas
sket lg kang
salji ler

Anonymous said...

paan mmg awesome a..

paiseh said...

try lu gegar je jamban tu... kasi si paan tu seperais sket.. kalu jatuh lubang jamban trus lagi lebat lu bulih gelak. hahahahaha..!!

mak enon said...

mesti bau tandas wangi sgt smp leh tetdo.
heh

- said...

tu kes letey sgt meneran kot..sampai tetido..hahah ;p

KARKADEWA said...

budak hijau,
nnti kalau gua dah dapat jejak kasihan dia gua sampaikan salam lu..
heh..

mrblind,
gua rase takde la kot..bukan main senyap je dia...

ahmad,
gua pon rilek je minum air hujan...
ahaha...

antusabun,
haha..
letih sgt tu gua syak...

rambo,
tapi skola dia byk makwe..
dia je tak berani nak ayat..
hehe..

hazirah,
bok miah gamaknye..
huhu...

macha,
haha...
alam mende mcm tu...

tooney,
huish...
meri kismis la gitu...

akim,
tu baru sikit..
byk lg mende haram pe jadah yg dia buat...

paiseh,
haha...
kejam tu weyh!
letih dah paan tu ulang alik tandas...

fatin,
erk...
tandas mane yg bau wangi tu?
tolong rekemen nak try tido kat sane..
hehe...

mee chee,
gua pun syak mcm tu gak...

mugiwara said...

pengsan tu kot...

er..kaki tak cramp keh?

kehkehkeh~

eliza said...

mesti dia tersengguk2 time tu...nasib x tersembam muka atas lantai toilet..ish x dpt bygkan..hihi

vidadarisakura said...

er..

aku penah telelap kejap jak kot.


lalala

Sxfura Yxsmin said...

wah hebat gilak tido masa cangkung!
kahkah