Saturday, October 4, 2008

Raya! Raya! Raya!

Alhamdulillah selepas sebulan bertarung mengawal hawa nafsu serakah di bulan puasa kita semua berjaya meraikan hari kemenangan dengan lemang dan ketupat...

Buat sekian tahunnya aku berhari raya lagi di Kuala Lumpur..!!!
Sedih betul la orang yang takde kampong macam aku ni...(kg baru boleh kire ke..??)

Ah...
hari ni aku berjaya buat kejutan hari raya ke-3

"Misi Menjelajah Selangor"

tak pernah lagi aku beraye ke rumah member hari raye KE-3...
selalunye paling kuat pun sedare mare...
memang satu perasaan yg tak dapat aku luahkan dengan kata2...
hanya gambar yang mampu menceritakan segalanya...
mungkin kalau ada masa aku post gambar bagi korang jeles...
haha..!!(jeles kejadahnye...)


p/s: jika masih ade kesempatan walaupon rasenye da lambat, saya disini ingin menyusun seploh jari tangan dan seploh jari kaki memohon ampun dan maaf jika selama ini ada disetiap sudut penulisan saya dan perbuatan yang tak semenggah ini berjaya menyinggung perasaan sesetengah pihak...


SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Sunday, September 7, 2008

INI BUKAN IKLAN RACUN PEROSAK

kalau gambar ini tak berwarna munkin aku
akan keliru yg mana satu org kuning


Chumel bukan...??

Friday, September 5, 2008

WANTED ALIVE!!!


Nampak gagah kan..??

Nama : Kumai
Spesis : Ayam Kampung
Warna : Brown Metallic
Umur : 2 minggu 3 hari
Saiz : 3cm height 5cm width
Kali terakhir dijumpai : Bermain di dalam baldi berwarna hijau
Suspek : Lelaki separuh umur, berkopiah, bercermin mata bulat, berjanggut, atau lebih dikenali sebagai 'Adik Mikel'
Motif Penculikan : Masih dalam siasatan pihak berwajib


Seperti yang kita semua sedia maklum, kes penculikan kanak2 kian berleluasa seiring dengan pembangunan infrastruktur negara mahupun kesan paras suhu global. Dalam hal begini banyak pihak saling menuding jari cuba mengelak daripada menanggung beban dan tanggungjawab dalam menangani gejala sosial tersebut.

Siapa yang perlu dipersalahkan...??
Adakah mereka dan keluarga mereka..??
Atau pihak jkk kampung...??
atau ketua kampung itu sendiri..??
jiran tetangga..??
pak guard...??
cikgu sekolah...??
polis..??
bomba..??
tok mudim..??
penjual goreng pisang..??

Saya disini bukan cuba merungkai semua persoalan diatas tetapi sebagai insan perihatin ingin mengingatkan kita sesame manusia supaya dalam soal keselamatan anak2 mahupan binatang peliharaan adalah menjadi 1st priority (betul ke eja..??) bagi menjamin pertumbuhan carta organisasi kekeluargaan daripada terbantut...



p/s:
sebona eh den nak ekau sumo tolong carik anak ayam ni ha...
dah sebulan lobeh den carik tak jumpo2....
baru ingat nak sombolih buek rendang time ghayo nanti...
hangin botu la den kek pencurik ni...!!!!
pulang balik weiii....!!!!!