Sunday, August 31, 2008

merDAYka

Menonton kotak bergambar
.
.
.
.
Makan
.
.
.
.
Tido
.
.
.
.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMRDEKAAN KE -51

MERDEKAKAH ANDA?

Tuesday, August 19, 2008

RM 0.20

Korang pernah tak didatangi pelawat@individu yang tak diundang yang dikenali sebagai peminta sedekah..??

Ade orang yang bila nampak je golongan ni terus berubah air muka (kasihan or menyampah)...

Aku tak nak bercerita tentang pandangan orang lain tentang golongan-golongan ni tapi pengalaman aku dan betapa aku melaknat individu yang dikenali sebagai~~


Si Tempang Laknat
- name ni member aku yang bagi, bukan aku-


Nak dijadikan kisah, seperti malam-malam minggu yang biasa dilalui oleh golongan student tak bersosial seperti aku ~ perbincangan mingguan ahli mesyuarat tingkap di premis-premis mamak terpilih

Time tengah rancak bersembang isu semasa kenaikan paras suhu dunia, kelibat Si tempang Laknat (STL) muncul dihadapan kami...


STL - Assalamualaikum bang, ni saye nak mintak derma ikhlas. Mane la tau rezeki2 orang bujang malam ni...

sambil meraba-raba kocek seluar jeans aku yang entah berape bulan tak bermain dengan air, aku berjaya mengeluarkan saki-baki duit yang ada pada mase tu ~20sen~..

dengan hati yang cukup tulus ikhlas pada malam tu, aku menghulurkan duit tu sambil tersenyum mesra...

Aku - Nah bang, ni je yang saye ade...ambik la..ikhlas nih...

Sambil melihat tangan aku dan tersenyum sinis, STL berkata,

STL - takpe la dik, adik simpan je la duit tu buat bayar duit air....

Lalu berlalu pergi meniggalkan kami terpinga-pinga dan terkesima sejenak..


Dan tak semena-mena hati aku menjadi panas secara berperingkat mengikut urutan huruf A B C...
Macam nak hentak je mamat ni pakai cawan teh o suam aku..!!
kang hentak kang rugi plak...air byak lagi..

The first and last aku meghulurkan duit pada golongan begini...
bukan kurang percaya atau simpati...
lebih baik aku derma dekat tabung masjid je...
sekurang-kurangnye tok imam tu takde la sruh aku simpan duit tu bayar duit air....



p/s - pelik bin ajaib...dimana saje tempat aku lepak pasti aku ketemu dgn STL ni...die datang naik hape...??ade ke bas rapid KL 2-3 pagi...??


Monday, August 18, 2008

PROMISE MEANS NOTHING

hari ni aku terpakse menjalani benda yang aku seboleh boleh nak elak dari hidup aku tapi tetap tak boleh...

MATHEMATHIC EXAM...!!!


"berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"

ungkapan tu betul betul memberi impak besar dalam diri aku...

lepas habis exam aku cepat cepat pulang sebab dah janji dengan my friends nak datang kenduri kawin abang dia...
walaupun bantal dan tilam yg empuk kat rumah tu macam memanggil manggil suruh menemani diorg aku ttp berkeras..

bukan ape...
ade org cakap kalau jemputan kahwin ni orang da jemput kite wajib datang...
lagipun kalau aku x datang, time aku kahwin sape pulak yang nak datang...??

hah..!!
time tu baru la tertanye tanye, terpinga pinga..

ni lagi satu perkara yang aku betul2 hangin...

sebelom ni aku dah janji with sorang mamat nih nak pergi sekali...
alih2 aku telifon dia cancel last minit...

sebabnya.....

m*******t dengan "bini" tercinta...

bukan nak marah korang nak bercinta..
but at least pegang la pada janji...


lu crita smalam macam mana bai...??!

adoi yai...!!!

Thursday, August 7, 2008

ILMU HISAB

adoi yai...!!!

bile la aku nak berhenti mengadap ribuan nombor nombor dan persamaan yang sungguh menyusahkan hidup aku selame ni...

aku masih tak dapat nak mengaplikasikan beliau kedalam kehidupan seharian aku...(selain math mudah zaman sekolah rendah)

apa yang menyebabkan kita perlu mengetahui semua benda benda ni...??

kemana arah tuju hidup kita selepas ni bersama sama dengan ribuan persamaan ni...??

adakah kita akan menyimpang jauh dari kehidupan normal kita seharian tanpa mereka...??

arggghhhh...!!!!
kompius gua....

sori la cikgu...
nampaknye terbengkalai lagi la tutorial kali ni....

Tuesday, August 5, 2008

HAPE JADAH..??

Kumai ni.....!!!!!


cuak korang...

Siapa Kau..??!!!

Adakah dengan memanipulasi keadaan fizikal atau mental seseorang menjadikan kita gembira..??

Adakah dengan memanipulasi keadaan fizikal atau mental seseorang menjadikan kita lebih baik dari mereka..??

SIAPA ENGKAU..??!!

Tuhan menciptakan makhluknya cukup sempurna...
berbeza beza...
bemacam macam ragam..

Hanya satu tujuan..
Untuk mewujudkan perbezaaan...

Betapa agungnya ciptaanMu...