Sunday, September 7, 2008

INI BUKAN IKLAN RACUN PEROSAK

kalau gambar ini tak berwarna munkin aku
akan keliru yg mana satu org kuning


Chumel bukan...??

Friday, September 5, 2008

WANTED ALIVE!!!


Nampak gagah kan..??

Nama : Kumai
Spesis : Ayam Kampung
Warna : Brown Metallic
Umur : 2 minggu 3 hari
Saiz : 3cm height 5cm width
Kali terakhir dijumpai : Bermain di dalam baldi berwarna hijau
Suspek : Lelaki separuh umur, berkopiah, bercermin mata bulat, berjanggut, atau lebih dikenali sebagai 'Adik Mikel'
Motif Penculikan : Masih dalam siasatan pihak berwajib


Seperti yang kita semua sedia maklum, kes penculikan kanak2 kian berleluasa seiring dengan pembangunan infrastruktur negara mahupun kesan paras suhu global. Dalam hal begini banyak pihak saling menuding jari cuba mengelak daripada menanggung beban dan tanggungjawab dalam menangani gejala sosial tersebut.

Siapa yang perlu dipersalahkan...??
Adakah mereka dan keluarga mereka..??
Atau pihak jkk kampung...??
atau ketua kampung itu sendiri..??
jiran tetangga..??
pak guard...??
cikgu sekolah...??
polis..??
bomba..??
tok mudim..??
penjual goreng pisang..??

Saya disini bukan cuba merungkai semua persoalan diatas tetapi sebagai insan perihatin ingin mengingatkan kita sesame manusia supaya dalam soal keselamatan anak2 mahupan binatang peliharaan adalah menjadi 1st priority (betul ke eja..??) bagi menjamin pertumbuhan carta organisasi kekeluargaan daripada terbantut...



p/s:
sebona eh den nak ekau sumo tolong carik anak ayam ni ha...
dah sebulan lobeh den carik tak jumpo2....
baru ingat nak sombolih buek rendang time ghayo nanti...
hangin botu la den kek pencurik ni...!!!!
pulang balik weiii....!!!!!

Thursday, September 4, 2008

MEE REBUS HAJI YUSOP GILE MENENDANG

Puase berlalu seperti biasa walaupun kebanyakan hari yang aku lalui diisi penuh dengan perkara2 yang menggunakan kudrat yang banyak...
Minami (bukan nama sebenar), salah seorang manusia yang aku kenal cukup lame dengan perangai yang susah nak puasa penuh walaupun tak pernah mengalami period...
Mungkin metabolasi kitaran pemakanan harian beliau tidak menepati kriteria seorang yang mampu menahan lapar dan dahaga walaupon diacukan pistol di dahi dalam pemaksaan untuk berpuasa...

Tahun ni aku sungguh terkejut dengan statement yang terpacul dari mulut beliau yang "Aku ingat nak pose penuh la tahun ni"...
Aku rasakan yang dunia ni macam dah sampai kehujung hayat. Seram sehingga aku tak mampu nak berak selama 2 hari...

Hari pertama berpuasa memang mencabar jiwa, lebih2 lagi bagi anak2 yang baru nak belajar puasa selepas disogok ibu bapa dengan ganjaran yang lumayan...
Pastinya bukan Tora dan Ding Dang...


Minami - Aku terkorek idong la...agak2 ko batal ke..??


Aku - Alah, bukan sengaje pon...tak batal...


selang beberape minit,


Minami - Aku terkorek lagi la idong ni...

Aku - takpe la..bukan sengaje....ko jangan layankan sangat idong ko tu...


selang beberape minit lagi,


Minami - Aku asyik terkorek idong je la...tension btol aku...drp aku asyik terkorek je, baik aku mkn Meggi perase Tom Yam...


sambil berlalu berbekalkan sepaket Meggi perase Tom Yam ke dapur...

Tuesday, September 2, 2008

STL

haha...
buat mase bertahun-tahun...
hari ini dalam sejarah....
wa jumpe kembali dengan STL...!!!!!



makin sehat aku tengok die ni...
apsal arini dia tak pakai sluar Quicksilver yang slalu tu..??