Sunday, April 24, 2011

Pemahaman Songsang I

Ramai yang kata kalau kita lupa siapa diri kita maka kita sudah tersimpang jauh dari asal usul kita. Dari asal usul kita maka kita dapat tahu salasilah keturunan kita. Dari nenek - nenek sehinggalah membawa kepada cucu cicit anak menakan. Maka dengan itu, asal usul keturunan dan salasilah hidup haruslah diketahui oleh setiap individu yang cintakan sejarah.

Sejarah didefinisasikan sebagai peristiwa yang telah berlaku, samaada bertahun lamanya mahupun lima saat yang lepas. Benda - benda yang melibatkan sejarah selalunya berdasarkan pada cerita - cerita benar, mitos, ataupun kombinasi padu antara dua elemen tersebut. Cerita ini bukan hanya memberi kesan besar dalam sesebuah komuniti, bahkan dalam diri sesetengah individu.

Asal usul dan Sejarah. Dua elemen yang berbeza, tetapi mempunyai satu pertalian yang kacip antara satu sama lain, Jadi, apakah pertalian asal usul dan sejarah?

Friday, October 15, 2010

Kembali ke sekolah.





Scene melukis pesen macam ni memang tengah menaik zaman darjah darjah dulu. Tinggi lagi sentuhan "art" aku ni rupenye.


Sunday, October 10, 2010

What is Silent Comedy?

.


































Kelakar kan saya?

Friday, October 8, 2010

Sekapur Sirih Secawan Kopi

Orang cakap nak tahan mata dari mengantuk pekene secawan kopi yang betul - betul kaw memang padu. Tak kira yang muda atau tua, lelaki atau wanita, semua boleh merasa.







............
...........
..........
.........
........
.......
......
.....
....
...
..
.









Errrrr...yang ni bukan untuk semua ya.









Tok! Tok!

hello, ada siapa - siapa di situ?

Saturday, May 9, 2009

THE END

Sumber inspirasi aku dah MATI.
Blog ini dah MATI.
Aku dah MATI.
Selamat tinggal dunia hipokrasi.
Sehingga bertemu lagi di alam lain.

Saturday, April 25, 2009

This is an error.

Satu.

Dua.

Tiga.

Empat.

Lima.

Enam.

Tujuh.

Lapan.

Sembilan.

Sepuluh.













Ok adik-adik.
Besok kita belajar mengira dalam bahasa inggeris pula ya.


p/s: tenang...tenang...tenang...

Friday, April 24, 2009

Mari berbalas pantun.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Sorok barang sembunyi tangan,
Tanya semua buat tak tahu.

cilakak!
mane tuala gua??

Thursday, April 23, 2009

Surat layang, surat cinta, surat berantai masa sekolah-sekolah memang meletup!

Paan memang tak kisah sangat apa yang orang nak cakap pasal diri dia. Pengotor. Penganggur. Selekeh. Tak ada masa depan. Mungkin dia lebih selesa dengan cara begini. Biar apa orang nak kata. Hidup Paan selalu happy go lucky kata orang-orang putih.

Cara hidup Paan yang macam itu membuatkan ramai orang memandang serong. Salah anggap tentang sifat kendiri Paan. Semuanya menilai dari kulit bukan isi. Walaupun demikian, Paan punya cita-cita. Punya impian masa depan. Macam orang-orang kebanyakan yang lain.

Paan sudah puas menahan telinga dari tohmahan dan tuduhan liar yang dilemparkan sejak dulu lagi. Dia pasrah. Kadang-kadang menangis sendirian. Sifat manusia. Walau ketat mana sekali pun muka hati pasti terusik. Pedih Paan menelan. Memendam rasa kesorangan.

Baru-baru ini seluruh pelusuk kampung digemparkan satu berita yang amat dahsyat. Lebih menggemparkan dari kes penceraian artis-artis tanah air mahupun kenapa Dato' Siti tak mengandung lagi. Paan telah mendapat tawaran berkerja di bandar metropolitan. Ya. Kuala Lumpur memang idaman jejaka-jejaka gila popular yang tak tahu menahu hala tuju hidup penuh penipuan.

Setahu penduduk Paan tak pernah habis sekolah darjah enam tapi kedengaran khabar angin yang beliau ditawarkan berkerja sebagai Pegawai Keselamatan di salah sebuah syarikat mega-mega juga. Ini kerja bukan sikit-sikit punya duit. Mahu 2-3 ribu mengalahkan anak ketua kampung yang kerja kilang lulusan diploma tu. Disebabkan ramai yang tak berpuas hati dan mahukan kepastian, segerombolan penduduk berhati jaki bertanya sendiri kepada Paan.


***************


Sumpah!
PEGAWAI keselamatan dengan PENGAWAL keselamatan jauh macam Selatan Uganda denagan Kampung Jawa!


p/s: Jidot adik Paan yg ckp dia dapat keje kolumpo jadi pegawai. gua baca surat haram satu pegawai gua tak jumpe.gua siku bawah bibir lu nak??!

Saturday, April 4, 2009

Hari ini ada pasar malam. Seronok!

Dahulu-dahulu masa zaman sebelum baligh, saya sangat comel. Ya. Tak tipu. Mak selalu berpesan buat baik dibalas baik, buat jahat buruk padahnya.

Dahulu-dahulu mak selalu berpesan buat baik dapat pahala, buat jahat dapat dosa. Saya tidak berapa nak pasti pahala tu bagaimana. Saya bertanya pada mak.


"Ibu, pahala tu macam mana?"

"Pahala tu benda yang kamu suka sangat" Mak yang cakap.

"Macam mana nak dapat pahala tu?" rasa ingin tahu kanak-kanak saya makin membuak-buak.

"Buat baik banyak-banyak. Selalu tolong orang susah. Jangan degil cakap orang tua. Semua tu boleh dapat pahala" Mak memberi penerangan yang cukup meyakinkan saya sebagai kanak-kanak ingin tahu.


Petang itu saya ikut bapak pergi pasar malam. Memang ramai. Sesak sampai nak berjalan terpaksa berpimpin tangan dengan bapak saya. Saya takut hilang kena culik. Di sana saya ternampak orang buta duduk sambil menghulurkan cawan berisi duit kepada saya. Bapak saya buat macam tak nampak. Saya nampak ada orang hulur duit. Saya seluk poket. Ada 20sen lebih beli aiskrim bapak bagi. Saya bagi kat orang buta. Terima kasih saya dapat.

Saya berjalan lagi. Banyak kedai bapak berhenti beli barang. Walaupun saya rasa letih tapi saya suka sebab hari itu saya dah buat baik. Tiba-tiba seorang pakcik tarik saya dari belakang.


"Kecik-kecik dah pandai mencurik! Bagi balik senapang tu!" Bentak pakcik tu sambil merampas senapang dari saya.

"Tapi pakcik..."


Dan hari itu saya mendapat tamparan dan amukan dari bapak saya. Dan hari itu juga saya tahu pahala itu bukan senapang mainan yang boleh diambil sesuka hati di kedai-kedai selepas berbuat baik. Sekian.


p/s: apa yang saya nak tulis pun saya tak tau....

Thursday, April 2, 2009

Jangan nilai buku daripada kulit. Belum tentu buku itu selamat dibaca kanak-kanak bawah umur.

Sepetang bersama rakan-rakan mengeteh memang perkara yang paling nikmat dalam kehidupan sekarang. Sembang kosong. Gelak besar. Hisap rokok. Kegembiraan itu macam tak pernah putus-putus. Mengalir macam air.



Tapi apa kes sekarang gua duduk sorang-sorang gua jadi auto nangis?



p/s: masalah selesai tapi pengakhiran cerita yang tak mengembirakan.... gua pasrah... dugaan yang maha kuasa...

Thursday, March 5, 2009

Special draw datang lagi

Malam hari tu aku minum-minum di kedai mamak. Malam tak hujan macam selalu. Hari ni special day sebab simpan hujan untuk malam jumaat bagi orang-orang dah kahwin gamaknya. Di depan aku sekumpulan lelaki lingkungan usia 40an berpangkat bapa-bapa mithali. Ada yang berkain pelekat. Berkopiah. Berbaju melayu. Malahan berseluar pendek berbaju parti dacing pun ada. Baru selesai solat di masjid kata hati kecil aku.

Dua table sambung lebih kurang 12 orang. Aktiviti mengeteh memang rancak di sahut sembang-sembang letup sambil gelak-gelak besar. Ya. Kedai itu memang macam dia pengurus. Pengurus sebenar pun takut nak keluar kedai tengok gelagat lelaki-lelaki lingkungan 40an ni. Disebabkan kerancakan sembang letup pada malam tu, aku berminat mendalami apa yang cuba dibincangkan meraka-meraka itu.


"Sikit lagi nak kena!" tinggi suara lelaki 40an berkopiah.

"Hang salah pusing. Mana boleh ambik sebijik-sebijik" sahut lelaki 40an berseluar pendek berbaju dacing.

"Gile kau. 1st price tu" lelaki 40an berbaju melayu menyelit.

"Aku cakap hari tu kau menyombong. Balasan la tu. Macam ni bila nak kaya?" tempik lelaki 40an berkain pelikat sambil mencebik.





Astaga...
Kalau gua nampak bapak gua kat kedai haram tu, gua tak teragak-agak nak silambam depan kaunter pembayaran.


p/s: rumah kata pergi, kubur ajak mari. dunia akhir zaman weyh!

Wednesday, March 4, 2009

Peningkatan tahap lapar berkadar terus dengan taburan hujan di Malaysia

Boleh dikatakan tiap-tiap malan hujan. Asal malam hujan. Asal hujan malam. Ape jadah kalau malam asyik hujan. Terbantut la aktiviti malam orang bujang macam aku. Orang dah kahwin memang gemor time-time hujan ni. Rasa sejuk dia lain macam. Haish....

Bila cuaca dah tak berapa nak menentu ni, macam-macam penyakit nak datang. Selsema la. Batuk la. Demam panas la. Sengguggut la. Kadang-kadang membawa ke cirit-cirit. Sampai naik kecut usus besar. Time-time macam ni layan tidur siang pun dah tak berape into. Badan berat ke tandas. Sikit hari tandas renovate jadi bilik tidur.

Paan dah terkena cirit-cirit ni. Aku memang tak into langsung scene ni. Lebih kepada carut dari ke tandas. Aku dah try buat calculation purata Paan ke tandas satu hari. Lapan kali! Dah nampak sikit naik ketul-ketul kat peha dia. Lepas ni boleh pergi ujibakat pelari pecut negara saing-saing Azmi Ibrahim dulu-dulu.


"Wei Paan! Ni lagi berapa hari kau nak duduk dalam tandas ni?"


Senyap. Bunyi cengkerik pun takda. Aku dah naik seriau. Dah dekat sejam lahanat ni kat dalam. Tengah-tengah malam ni bukan aku berani sangat. Depan makwe-makwe memang aku hero. Sudah. Ketuk-ketuk pun tak menyahut. Aku nekad. Walaupun berani-berani ayam aku cuba kuatkan semangat. Aku pergi tandas sebelah. Panjat kepala paip nak cuba-cuba intai Paan macam budak-budak kampung ngendap anak dara mandi. Ah. Dada debor lain macam. Berserah la apa yang jadi pun.....




Biawak!
Gua tunggu lu sejam lu boleh enak tidur kat situ?
Gua sumbat kepala lu dalam mangkuk tandas!
Lahabau!


p/s: kejadian ini benar2 terjadi semasa gua zaman skolah2 asrama. sampai sekarang pun gua tak boleh dapat ilmu tidur dalam tandas sambil mencangkung. tinggi benor ilmu Paan ni. Huh!

Friday, February 20, 2009

Mencegah lebih baik dari mengubati

Seminggu di hospital. Masuk air. Keluar air. Tangan kurus lidi naik kembung besar penumbuk Sazali Samad. Bonzer kelab malam segan - segan nak tegur. Salah tegur berebut gigi masuk dalam perut.

Rumah serupa sarang penagih. Memang favourite tempat lepak parasit perosak. Dijemput bakal mak mertua menjengah, confident belum kenal hati budi dah kena reject. Belum cerita pasal laman depan rumah. Hutan simpan Taman Negara dah hampir gondol. Kalau pak menteri pening kepala pembalakan haram boleh datang ambil sikit ternak lalang dekat sana. Untung - untung boleh cover mana yang dah botak. Kadang - kadang licik benar aku ni ngalah Pak Menteri.


********

Sudah!
Besok kalau kau tak tebas lalang tu dan bersih semua sampah kat luar aku tebas kepala kau gantung kat depan gate!


********

ah!
baru chikungunya, belum AIDS!


p/s: rumah lu pun lebih kurang gua la!kasi turun sewa la baru gua tebas lalang ni!poodaaah!

Sunday, February 15, 2009

Keadaan begini memang tak berapa nak menjadi. Berat ke maki hamun.

Gigi gua sakit!
Doktor cantik tolong biuskan gua...please?



p/s: azab kubur lagi seksa gamaknye dari sakit gigi...

Monday, February 9, 2009

Accapan dan Mr. Os boleh kacip bersama, Pak Menteri sampai bila?



"Enche doktor, tolong kasi cabut garpu suda lekat sama saya punya lidah.
Saya satu kali ingat ini kaki ayam"

"Wokey enche, kasi tutup mata satu kali. Ubat bius sudah habis."








"Ayyo appa, saya suruh cungkil tiub celah gigi. Apa pasal boleh tembus pipi?"


"Sorry la minachi. Satu kali terlebih sudah."










Acara memecahkan rekod dunia dalam ketegori menarik lori 16 tayar menggunakan kulit sambil makan kuaci diiringi irama banggra.











Limau! Limau! Sebadan dua ringgit setengah!










"Betul cakap mak. Makan gula - gula murah menyebabkan gigi dan lidah saya bertukar warna."







"Makcik, demonstrasi bukan dekat sini. Dekat Kuala Kangsar.
"

"Mokcik pedulik hape!"







p/s: ok. gua rasa nak muntah! Ini gambar bonus.

Thursday, February 5, 2009

Walaupun puaka niyang rapik dah habis, Liyana Jasmay tetap datang dalam mimpi gua.

Jam menunujukkan hampir ke pukul 6 petang. Waktu - waktu begini memang kacip kalau di bawa bersiar - siar keliling kampung. Nekad aku teruskan niat sambil menuggang basikal bapak aku yg kadang -kadang tayar belakang tak berapa nak ada angin.

Memang menangkap angin petang tu. Kalau main layang - layang aku syak mahu sama tinggi dengan KLCC. Memang ramai orang petang - petang macam ni. Kat padang saja dah ada 6 team bola. Tapi haram satu pun pemain bola Malaysia tak main Eropah.

Penat berkayuh aku berniat berjalan kaki pulak. Basikal kena bawa sekali. Kalau tinggal mahu kena sebat dek mat indon. Pantang lepa sikit. Tiub bocor depan rumah aku pun kau nak sapu!

Angin sepoi - sepoi bahasa. Memang A++. Hari pun dah semakin senja. Tiba - tiba aku menangkap satu bau yg kurang menyenangkan. Ah, sudah. Bau - bau macam ni memang aku x berape into. Lagi - lagi time senja macam ni. Aku kuatkan semangat. Dah macam - macam cerita orang dulu - dulu menyerang otak aku. Tiba - tiba meremang pulak bulu roma ni.

Aku pandang kiri. Pandang kanan. Pandang atas. Pandang bawah. Cuba mencari source bau tu datang. Bau masih kuat. Keiling aku makin kurang orang. Ramai dah balik bersiap - siap nak ke surau gamaknya. Aku masih tak puas hati. Bau still menusuk - nusuk sistem pernafasan. Sumpah. Memang kuat. Tapi perjalanan pulang masih aku teruskan.

Sampai rumah aku cepat - cepat parking basikal tepi tiang. Dah tak keruan. Hati memang berdebor lain macam. Meremang tak payah cerita la. Sebelum masuk lebih afdal basuh kaki.



Cilakak!
Tak ada adab berak ke lembu kampung gua ni?!

Tuesday, January 27, 2009

Malu bertanya sesat jalan. Bodoh sombong mengalahkan sang monyet!

Malaysia memang salah sebuah negara yang berbilang agama, bangsa, kaum, suku sakat, warna kulit, dan negara. Ya. Anda tidak salah baca. NEGARA. Kalau dah pelbagai tu, perayaan pun turut berkadar terus dengan kepelbagaian jenis macam manusia. Tahun Baharu Cina baru - baru ini juga tidak terkecuali nikmatnya dirasai.

Baru - baru ini juga aku dipaksa oleh seorg sahabat untuk menemaninya pergi ke salah sebuah pusat membeli belah yang boleh kira ternama jugak la. Shoping raya cina katanya. Gaji gomen dah masuk mencurah - curah la tu. Haish...

Tujuan utama kami adalah untuk mencari talifon mudah alih berjenama yang kalau dibimbit di tangan akan membawa hasad dengki yang tinggi kepada orang lain. Ya. Jangan mula untuk mencemuh. Beliau memang begitu. Up-to-date katanya.

Selepas melakukan tawaf yang ke 3 kali, barulah sahabat aku ini berpuas hati dan telah bertekad untuk memilih kedai Lim Tat (owner kedai) sebagai tempat pembuangan duit. Beliau telah berjaya menghabiskan duit hasil titik air liur basi (OT penipu!) yang dikumpul selama sebulan dalam masa tidak lebih dari 45 minit. Masih amatur bukan? Model ini yang telah memikat hati beliau. Memang up-to-date!



"Fuh!mmg uptodate la ko lepas ni...jalan pon dah x pandang bwh...melangit tak hingat!"

"Hah!mesti la..ko ingat aku ni kampung sgt ke?tak la macam ko...duit ade kedekut...33 sekupang tu jugak la yg ko agungkan.."

"Oit Sin!ckp baik - baik sikit...ni la henset yg byk jase ngan aku...1st gaji dulu ni wei!"

"Haha..jgn la marah...aku gurau je...ok..lps ni aku belanje ko makan pizza..tapi sebelum tu ko kene tolong aku..."

"Hah!ape dia?"

"Tolong ajar aku mcm mane nak 3G...ala..yg video call tuh..bole la tgk-tgk awek muke baru bangun tido...hehehe..."

"PUNGGUK HANG!"




p/s: up-to-date sangat la kau ni Sin! nak beli henset tanye la dulu nak spec camne...ni men redah je...nasib baik lu blanje gua pizza...kalau tak gua dah humban lu jatuh gaung!huh!

Monday, January 26, 2009

Lepaskan tanganmu jikalau aku bukan yang kau cari. Tangan itu aku perlu untuk mencebok punggung.

Zaman sekarang ramai yang cakap susah nak cari kerja. Kalau lepasan UK pun belum tentu nak kerja sejuk - sejuk bawah aircond. Tapi aku percaya pada rezeki tuhan.

Mat Rapi (memang bukan nama sebenar) bukan calang - calang punya musibat. Hanya berbekalkan sijil berhenti sekolah darjah enam dan lesen cukai jalan tamat tempoh, beliau berjaya mengembangkan empayar jualan pisang goreng di daerah Pilah. Bukan main - main punya pisang. Sekali cuba pasti terangkat!

Dulu Mat Rapi biasa - biasa saja. Kerja dia lebih berat kepada tidur siang dan mengayat power anak ketua kampung. Haram tak pernah sangkut pun.

Nak dipendekkan cerita, Mat Rapi pernah mengura - urakan hasrat beliau nak mengembangkan empayar di KL nun. Nak naik taraf saing - saing otai burger gamaknya.



"Aku dah nampak potensi pisang goreng aku ni. Macam boleh pergi jauh"

"Memang bole je Mat Rapi...yang penting tekad dan usaha tu kene ade"

"Ekau ni baguih dok ada la...kawan mcm ko la yg aku perlukan...baru bersemangat..."

"Jadi, bile agak - agak ko nak turun KL?"

"Bile aku ckp nak turun?"

"dah tu?mcm mane nak kembangkan cite - cite kalau duduk kat sini je..."

"tu angan - angan je....setiap cite - cite bermula dgn angan - angan...agak - agak ko berape lame angan - angan ni nak jadi cite -cite?"




cait!
duduk berangan je sampai kiamat pon lagu tu!


p/s: Mat Rapi tetap dgn angan2 die smpi skrang...gua pon heran...duit bkn main byk...kedekut bebeno nak p kl...brape sen sgt la tiket bas tu weyh!

Saturday, January 24, 2009

www [dot] harimaumalaya [dot] com. Tak true la kalau tak tau.

Ingat liga bola sepak Malaysia sayur - sayur ke?
tak percaya?
kasi klik sini satu kali kalau berani


p/s: sila rujuk ranking 185...paling latest hapdet..kasi tgk pelan2 lagi setahun ape mcm...bole kekal ranking ke?